Kontroversi yang mengaitkan pelakon Zain Saidin dan barisan juri program Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) nampaknya masih lagi menjadi perbualan hangat di antara peminat hiburan tempatan.
Salah seorang chef serta juri MSM 2, Chef Adu Amran meminta agar perkara itu tidak terus diperbesarkan serta diperkatakan lagi.
“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Zain ataupun peserta lain.Dalam situasi ini, Zain hanya bertikam lidah dengan Chef Joe.
“Namun sebagai barisan juri, saya perlu menjernihkan keadaan.Janganlah memperbesarkan hal ini lagi kerana ia hanyalah perkara yang remeh.
“Lagipun, tindakan Zain itu hanya membodohkan diri sendiri dan seharusnya menerima kesilapan itu,” jelas Chef Adu kepada Sinar Harian Online.
Sebanyak 19 selebriti menyertai MSM 2 dan setakat ini sudah tiga orang tersingkir daripada program tersebut iaitu Yassin Senario, Keroz Nazri dan Zain.