SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » "Mereka ( Juri ) Persendakan Lakonan Saya, Oh My English"- Zain Saidin

"Mereka ( Juri ) Persendakan Lakonan Saya, Oh My English"- Zain Saidin

Pelakon Zain Saidin mengakui biadap terhadap juri "Masterchef" kerana mereka mempersendakan program "Oh My English" lakonannya. "Saya akui malam itu memang saya biadap pada juri, tapi ia berlaku kerana mereka mempersenda program "Oh My English" dan menyentuh sensitiviti.

"Niat saya hanya berseronok bukan nak menang, tak sangka pula saya dikritik penonton yang tidak tahu pokok pangkalnya," ujarnya kepada Harian Metro.

Kekasih kepada aktres jelita, Rozita Che Wan ini dikritik hebat apabila mempertikaikan kredibiliti juri yang menggendali rancangan "Masterchef Selebriti" pada minggu kedua kerana merasakan pengadilan berat sebelah.
"Saya tak pernah fikir nak menang tapi saya sertai "Masterchef" untuk temankan Che Ta dan berseronok. Saya anggap juri berat sebelah, disebabkan itu saya suarakan pandangan sebelum perbalahan itu disiarkan di televisyen."

Tambah Zain, dia kecewa apabila program tersebut hanya menyiarkan sikap biadapnya, tetapi tidak menyiarkan tindakan juri mempersendakan lakonannya dalam "Oh My English" selain menyentuh sensitiviti lain.

"Saya berbalah kerana juri mengutuk saya, mengkritik dan menaikkan kemarahan. Bila saya marah, mereka (produksi) rakam, tetapi bila juri main-mainkan saya tidak pula disiarkan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir