SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » "Saya Telah Difitnah"- Respon Maznah Zulkifli Isu Rampas Suami Noniswara

"Saya Telah Difitnah"- Respon Maznah Zulkifli Isu Rampas Suami Noniswara

Susulan daripada kes keretakan rumahtangga aktres Noniswara dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan yang dilaporkan sejak pertengahan bulan lalu, seorang artis wanita iaitu Maznah Zolkifli telah dikaitkan dengan kes berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan Kosmo Online hari ini, Maznah telah menolak dakwaan tersebut dan menganggap itu adalah satu tuduhan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dirinya.
Saya minta maaf, saya sudah cakap saya memang tidak mahu langsung memberi komen tentang perkara itu. Memang saya sangat terkejut dan saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini.
Saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh beri sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata.
Dalam pada itu, menurut laporan yang sama, Noniswara dilihat enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu kontroversi keretakan rumahtangganya akan terus berpanjangan.
Perkara ini sudah berlanjutan selama tujuh bulan, jadi ramai orang yang sudah ketahui siapa individu tersebut. Memang risau, namun saya bukan hendak kata saya terlalu takut, tetapi sebenarnya, saya tidak mahu perkara ini berlanjutan. Saya tidak mahu ia menjadi kontroversi dan pasti orang akan mencari individu tersebut untuk bertanya itu dan ini. Apabila saya terbaca dalam akhbar, saya juga tidak sangka akan keluar nama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir