SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , » "Saya Dipaksa Sertai Dan Dipergunakan Dalam MasterChef Selebriti 2"- Zain Saidin

"Saya Dipaksa Sertai Dan Dipergunakan Dalam MasterChef Selebriti 2"- Zain Saidin

Tidak adil juga rasanya jika tuan punya badan yang mencipta kontroversi hujung minggu lalu tidak di’beri peluang untuk membela diri terhadap semua kritikan yang beliau terima. Ini cerita Zain Saidin.

Menurut kekasih Rozita Che Wan ini, banyak babak dari rakaman penuh telah di’potong oleh produksi MasterChef Selebriti 2 untuk menampakkan dirinya sebagai watak jahat dalam ‘drama’ ini.
“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata pedas juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah”“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” jelas Zain Saidin kepada Sinar Harian.
Zain Saidin turut menambah yang beliau di’desak oleh pihak produksi untuk menyertai MasterChef Selebriti 2 kerana kisah percintaan beliau & Rozita Che Wan yang memang hangat di’perkatakan peminat.
“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta,” ujar beliau yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Jo dan Chef Zubir.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir