SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Aznil Haji Nawawi Punca Zain Saidin Bergaduh Dengan Juri Master Chef Selebriti 2 ??

Aznil Haji Nawawi Punca Zain Saidin Bergaduh Dengan Juri Master Chef Selebriti 2 ??

Pengacara Datuk Aznil Nawawi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Zain Saidin tidak sebarang masalah walaupun mereka dikaitkan dalam perbalahan menerusi program Masterchef Selebriti 2 yang disiarkan di Astro Ria pada malam Ahad lalu.

Aznil berkata, dia masih tidak mengetahui punca sebenar perbalahan itu sehinggalah Zain menjadi peserta kedua meninggalkan program tersebut.
"Ketika perbalahan itu berlaku saya sendiri tidak mendengar butirannya dan tidak berkesempatan untuk menonton episod berkenaan kerana berada di Johor.
"Saya ada diberitahu oleh Lydiawati dan Rozita Che Wan yang Zain di antara lain berbalah tentang keputusan juri yang memilih saya sebagai pemenang cabaran pada episod sebelumnya.
"Bagaimanapun saya dan Zain tidak pernah bercakap mengenainya dan saya tidak boleh terus membuat apa-apa kesimpulan. Jadi saya anggap tiada sebarang masalah di antara kami," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ceria Popstar 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir