SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » "Jangan Jadi Seperti Saya"- Emma Maembong

"Jangan Jadi Seperti Saya"- Emma Maembong


Pelakon Emma Maembong yang tercicir dalam pelajaran berharap golongan remaja tidak menjadikannya contoh untuk mengambil ringan soal pelajaran kerana perkara itu penting untuk kejayaan seseorang.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, tujuan dia mendedahkan sekadar menuntut sehingga di tingkatan dua itu hanyalah untuk menaikkan semangat golongan berkenaan.
"Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan.
"Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha.
"Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya kepada mStar Online.
Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah.
Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir