SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan

Emma Maembong Nafi Kekasih Zizan


Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.

Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan. Kata Emma kepada Sinar Harian:-
Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir