Aktres veteran, Azean Irdawaty, 63, kini dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya, Isnin ini.
Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, berkata kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.
“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.