SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hiburan : Gambar - Aizat Bimbang Lupa Lirik Lagu Yuna

Hiburan : Gambar - Aizat Bimbang Lupa Lirik Lagu Yuna


Penyanyi Aizat berasa gementar dan takut sekiranya dia gagal mengingati lirik ketika mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang menggantikan tempat penyanyi asalnya, Yuna, pada Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) Ahad ini.
Aizat Bimbang Lupa Lirik Lagu Yuna

Aizat atau nama sebenarnya Aizat Amdan, 24, berkata, kerisauannya itu membuatkan dia perlu memberikan tumpuan lebih terhadap penghafalan lirik agar tidak menjejaskan persembahannya nanti.
“Setakat ini, mengenai melodi Terukir Di Bintang saya sudah biasa mendengarnya, cuma liriknya sahaja yang perlu saya fokuskan.
“Cuma, yang merisaukan saya ialah, apabila terlupa lirik di atas pentas AJL27 nanti, itu adalah perkara yang paling saya takut dan tidak mahu ianya berlaku,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, pagi Jumaat.
Pada persembahan AJL27 nanti, Aizat akan diiringi oleh pemuzik Yuna sendiri iaitu Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum).
Tambah bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini lagi, dia juga akan memastikan tanggungjawab membantu Yuna yang juga merupakan kawan seangkatannya dalam industri muzik dilaksanakan dengan sempurna dengan memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir