SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar - Lawak Jozan Tak Menjadi Tanpa Johan ?

Hiburan : Gambar - Lawak Jozan Tak Menjadi Tanpa Johan ?


Kemasukan artis lelaki, Johan ke hospital untuk menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember tahun lalu merencatkan sedikit idea artis lelaki, Zizan Razak untuk beraksi atas pentas Maharaja Lawak Mega 2012 nanti.
Zizan -  Johan

Ini kerana kumpulan mereka, Jozan sentiasa bergandingan berdua dalam setiap episod untuk setiap minggu pertandingan MLM 2012.
Justeru, ketiadaan Johan bukanlah bermaksud mereka akan menarik diri dari MLM 2012.
Ketiadaan Johan juga tidak membuatkan Zizan terfikir untuk mencari pengganti Johan walaupun dia mengakui agak susah untuk bergerak tanpa Johan.
“Buat masa ini…saya tak terfikir untuk mencari pengganti Johan…kerana bagi saya Jozan wujud kerana ‘kami’ (Johan dan Zizan)…sebenarnya kalau Johan tak ada saya boleh mati kutu,” kata Zizan yang dipetik dari Murai.com.
Untuk persembahan kumpulan Jozan malam ini, Zizan masih tidak mendapat sebarang kata putus dari Johan sama ada untuk menyertainya atau tidak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir