SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar - Janda Meletup, Deeba Tipu Hafiz Awan Nano

Hiburan : Gambar - Janda Meletup, Deeba Tipu Hafiz Awan Nano


Semalam menerusi ruangan gosip Murai Batu ada menyentuh perihal seorang janda meletop dari Kuantan, Pahang yang tergila-gilakan penyanyi popular, Hafiz Suip sehingga mengajaknya berkahwin.
Gotcha! Hafiz Suip Kena Tipu Oleh Janda Meletop

Nampaknya cerita berkenaan telah mendapat maklumbalas yang cukup hangat daripada peminat kepada penyanyi Awan Nano itu, hinggakan ada yang ingin tahu akan kesahihannya.
Namun apa yang pasti dan segelintirnya pula sudah pun mengetahui bahawa ia hanyalah sebuah adegan tipu daya atau ‘prank’ yang dilakukan oleh produksi rancangan Kan Dah Kena kepada Hafiz Suip untuk melihat keupayaan penyanyi berkenaan berhadapan dengan situasi cemas tersebut.
Malah, si janda meletop bernama Deeba yang dimaksudkan itu merupakan seorang pendatang baru dalam dunia lakonan yang ternyata masih menuntut di sebuah universiti tempatan dan masih lagi solo.
Episod ke-5, Kan Dah Kena yang diacarakan Nabil Raja Lawak, Aril AF7 dan pelakon cilik Rykarl Iskandar bakal disiarkan pada 5 Januari 2013 (esok) di Astro Ceria (saluran 611), jam 11.30 pagi dan ulangannya pada Jumaat (12.30 tengah hari), Sabtu (7 malam) dan Ahad (8.30 malam).
via murai.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir