SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | Sharnaaz Target 2 Tahun Lagi Untuk Kahwini Shila Hamzah

Hiburan : Gambar | Sharnaaz Target 2 Tahun Lagi Untuk Kahwini Shila Hamzah


Mungkin sesetengah pihak memandang percintaan mereka berdua ini hanya sekadar ‘percubaan’ atau untuk suka-suka namun hakikatnya, hubungan cinta antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah semakin serius dan menampakkan masa depan.
Malah sempena kehadiran Syawal ini, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bertemu dan kemesraan yang terjalin memberi petanda positif terhadap hubungan kedua-duanya.
Bak belangkas ke sana ke mari, sudah pasti ramai yang mahu melihat pasangan merpati dua sejoli ini melangkah setapak lagi namun sebagai suami isteri.
Tidak mahu berselindung Sharnaz mengakui bahawa memang dia dan Shila kini merancang untuk meneruskan selangkah lagi dalam perhubungan mereka ke tahap yang lebih serius.
Dia memberikan jangka masa dua tahun lagi untuk mereka menuju ke gerbang perkahwinan dan mengikat kasih ke jenjang pelamin.
Malah Sharnaz optimis biarpun ada kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap perhubungan mereka gara-gara kurang senang dengan keterbukaan masing-masing apabila berbicara soal cinta.
Menurut Sharnaz, dia tidak mahu berahsia apalagi berbohong mengenai hubungannya dengan Shila hingga membuatkan peminat mereka tertanya-tanya.
“Tak kisahlah jika ada orang nak bercakap mengenai kami. Orang nak cakap apa pun, cakaplah. Saya dah tak kisah.
“Insya-Allah, kami sememangnya meletakkan masa dua tahun untuk ke melangkah ke gerbang perkahwinan.
“Perkara ini bukan boleh buat main-main. Apabila berbicara soal jodoh, saya memang serius,” jelasnya jejaka dari Pulau Pinang ini.
Memandangkan usia Sharnaz sendiri yang sudah berusia 27 tahun, dia tidak mahu lebih banyak masa terbuang dan mahu menggunakan setiap detik dengan lebih bermakna dan tidak tersia-sia begitu sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir