SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Gambar | Isu Dipanggil Bengong - Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Linda Onn

Hiburan : Gambar | Isu Dipanggil Bengong - Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Linda Onn



Hampir 2 minggu lalu, pengacara dan penyampai radio Linda Onn pernah menyuarakan rasa terkilannya atas tindakan seorang pelawak yang memanggilnya ‘bengong’ ketika menjadi pengacara bersama dalam suatu majlis di Pekan, Pahang. Apa yang lebih memalukan, insiden itu berlaku pada majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, serta orang kenamaan.
Ini merupakan pengalaman pertama Linda Onn berhadapan dengan situasi seperti ini malah menurut Linda ketika itu, pelawak berkenaan tidak bertindak memohon maaf atau merasakan tindakannya itu keterlaluan.
Dalam penjelasan berasingan, pelawak yang dimaksudkan iaitu Lan Pet Pet dari kumpulan Senario akui terkejut selepas mendapat tahu bahawa Linda Onn sebenarnya ‘terasa’ dengan gurauannya itu.
Malah, Lan Pet Pet memberitahu dia sendiri tidak menyangka isu itu akan berlanjutan kerana ahli kumpulan Senario itu sudah pun meminta maaf sebaik sahaja majlis tersebut berakhir.
“Terus-terang saya terkejut apabila diberitahu Linda Onn masih terasa dengan gurauan serta lawak yang saya lakukan kepadanya itu kerana saya sendiri sudah meminta maaf atas apa jua ketelanjuran kata-kata saya pada akhir majlis tersebut.
“Saya fikir dia sudah boleh menerima permohonan maaf saya dan saya sendiri tidak terfikir dia masih memendam rasa. Apa-apa pun, saya mahu minta maaf banyak-banyak pada Linda Onn atas apa yang berlaku kerana apa yang berlaku bukan dilakukan atas niat yang disengajakan,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Lan Pet Pet memberitahu dia akan segera menghubungi Linda Onn sendiri bagi menyelesaikan isu tersebut supaya ia akan tidak lagi berpanjangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir