SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Hiburan : Gambar | "Saya Masih Bersama MHI"- Nurul Syuhada Nurul Ain

Hiburan : Gambar | "Saya Masih Bersama MHI"- Nurul Syuhada Nurul Ain

Pengacara terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 28, yang menjadi bahan kontroversi berkaitan dengan kenyataan mengenai Bintulu minggu lalu, hari ini menjelaskan dia masih berkhidmat sebagai pengacara sambilan stesen televisyen itu.Nurul Syuhada: 'Saya masih pengacara sambilan TV3'
Dia meletakkan jawatan sepenuh masa TV3 hari ini.

Nurul Syuhada berkata dia membuat keputusan untuk bersama TV3 hanya sebagai kakitangan separuh masa untuk mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Peletakan jawatannya itu dikatakan berkait rapat dengan kontroversi yang melanda dirinya ketika mengendalikan siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos lalu.

Mengikut laporan media hari ini, Nurul Syuhada berkata, keputusan itu sudah dibuat sebulan lalu dan menegaskan ia tidak kaitan dengan isu Bintulu.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," katanya.

Menerusi laman Twitter hari ini, juara program realiti TV, Malaysian Top Host 2005 itu menerima pertanyaan daripada peminatnya yang keliru dengan isu peletakan jawatannya.

Sehubungan itu katanya, "still with MHI, keep supporting (masih bersama MHI, teruskan sokongan)."

Jawapan Nurul Syuhada itu jelas mendapat reaksi gembira peminatnya.

Antaranya, Kim Hanna menulis, "salam kak Nurul Syuhada, tak sangka kak Nurul Syuhada sudah resign (letak jawatan)... tak best la, tak ada akak kat MHI nanti."

Seorang lagi peminatnya, Cik Honney pula menulis, "akak... betul ke akak nak berhenti... ala tak dapat tengok akak kat MHI lagi lepas ini."

Kemudian Ciput Ex5 menulis, "Nurul Syuhada tak mengacara MHI lagi ke? sedih."

Membalas jawapan Nurul Syuhada, Cik Honney menulis, "really? yeahhhh happy sangat... all the best kak."

Menurut anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu, selain mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga, dia juga bercadang untuk menyambung pengajian peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Nurul Syuhada mengakhiri zaman bujangnya apabila mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Julai tahun lalu dan berhasrat untuk menimang cahaya mata selepas enam tahun bergiat aktif dalam bidang kewartawanan dan pengacaraan.

Sebelum ini, Nurul Syuhada dan stesen TV3 meminta maaf berhubung kenyataan yang dibuat pengacara itu sewaktu siaran secara langsung  di mana dia  merujuk Bintulu sebagai  kawasan daif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir