SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Lufya AF6 Jual Kuih Raya Puasa Tahun Ini

Hiburan : Gambar | Lufya AF6 Jual Kuih Raya Puasa Tahun Ini

Menyedari dunia hiburan ada pasang surutnya, bintang lahir daripada program realiti terkenal, Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Lufya mengubah sementara hala tuju kariernya Ramadan ini sebagai penyanyi ke ahli perniagaan.Lufya
Bagaimanapun, menurut pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar ini, perniagaan dijalankan hanya kecil-kecilan bagi mengambil kesempatan menjual biskut raya.

Pun begitu, katanya, perniagaan itu permulaan sebelum dia menceburi bidang niaga lebih besar lagi.

“Sebelum bulan puasa lagi, saya bercadang menjalankan perniagaan mudah dan saya sendiri tahu. Memandangkan saya gemar makan kek dan cookies, jadi saya terfi kir untuk jual biskut raya tambahan pula permintaan biskut atau kuih raya pasti sentiasa ada pada bulan puasa.

“Sebaik sahaja mendapat idea, saya bertanya kepada adik sama ada dia boleh bantu saya buat biskut raya kerana dia memang pakar dalam membuat biskut jenis chocolate chip. Dan, Alhamdulillah adik tidak keberatan membantu saya menjalankan bisnes ini,” katanya yang ditemui di kediaman rakan baiknya di Ampang, Selangor.

Menurut gadis kacukan Arab Melayu dan Indonesia ini, pada waktu siang dia akan menghabiskan masa untuk membuat biskut raya bersama adiknya sementelah lagi, tempahan yang diterima begitu memberangsangkan.

Biarpun adiknya pakar dalam membuat chocolate chip, namun Lufya berkata, mereka masih bertelagah pendapat mengenai resipi membuat biskut tersebut.

“Pada hari pertama kami membuat biskut bersama, saya dan adik bertelagah untuk memasukkan bahan yang perlu dalam resipi ini.

“Kadangkala, saya beri idea sendiri bagaimana untuk menambahkan lagi rasa manis pada biskut tersebut kerana mahukan yang terbaik. Biasalah untuk pertama kali buat bersama, pasti ada sahaja komen-komen yang ingin diperkatakan,” katanya yang tergelak apabila mengingati peristiwa itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir