"Selepas pembebasan bersyarat, Ariel perlu hadir ke pejabat pendakwaan bagi menandatangani beberapa dokumen dan kemudian diarahkan melalui sesi kaunseling di agensi yang berdekatan dengan penjara," kata pegawai penjara Kebun Waru, Bandung, Budiman Kusumah, Jumaat lalu.
Sementara itu, ketua keselamatan penjara berkenaan, Tohari berkata Ariel bakal dibebaskan kira-kira pukul 1 petang bersama-sama empat banduan yang lain.
Kata Tohari, unitnya juga telah meningkatkan tahap langkah-langkah keselamatan kerana menjangkakan penjara itu bakal diserbu ratusan peminat Ariel hari ini.