SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Gambar | Erra Fazira Suka Pegang Watak Ringan Elak Tekanan

Hiburan : Gambar | Erra Fazira Suka Pegang Watak Ringan Elak Tekanan


Pelakon terkenal, Erra Fazira mengakui lebih selesa memegang watak yang lebih ringan dalam sesebuah drama atau filem yang dibintanginya.

Erra, 36, berkata, menerusi peranan-peranan ringan itu, dia dapat mengurangkan rasa tertekan ketika berada di set penggambaran selain dapat mempelbagaikan wataknya sebagai pelakon.
"Sebelum ini sudah banyak watak berat-berat yang saya bawa dan ia sebenarnya amat memenatkan dan sudah tiba masanya saya menumpukan pula kepada peranan yang lebih ringan terutama menerusi drama bersiri atau telefilem.
"Memang benar watak berat seperti penjahat atau wanita yang mempunyai masalah mental dilihat sebagai peranan mencabar tetapi ia kadang-kadang menyekat diri kita.
"Berlainan dengan peranan ringan, saya belajar bahawa ia dapat membantu diri saya mengembangkan kebolehan berlakon selain tidak begitu tertekan di lokasi walaupun ada cabaran-cabaran lain," ujarnya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir