SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Filem : Gambar | The Dark Knight Rises - Filem Batman Terakhir

Filem : Gambar | The Dark Knight Rises - Filem Batman Terakhir


Selepas kejayaan filem Batman Begins (2005) dan The Dark Knight (2008), kisah superhero Batman diteruskan dalam trilogi The Dark Knight Rises yang akan ditayangkan, 19 Julai ini.


Bagi penggemar setia karakter yang diangkat daripada DC Comic ini, pasti akan merasa sedih kerana The Dark Knight Rises merupakan filem terakhir bagi siri Batman.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah bagi ketiga-tiga siri Batman iaitu Christopher Nolan dalam temu bual dengan media di Hollywood.
Menurut Nolan, dia berpuas hati dengan jalan cerita The Dark Knight Rises yang dianggap penyudah sempurna bagi sebuah kisah epik.
“Sewaktu saya mula mengarahkan Batman Begins, saya tidak pernah menjangka akan melakukannya hingga filem ketiga. Bagaimanapun, setiap kisah perlu ada permulaan, tengah dan pengakhiran bagi melengkapkan keseluruhannya.
“Saya berasa bangga dapat menyudahkan siri ini dan melakukan apa yang saya kehendaki terhadap setiap karakter di dalamnya. Cukup setakat ini," katanya mengenai filem yang menelan kos penggambaran USD250 juta (RM750 juta) ini.


Seperti siri-siri terdahulu, The Dark Knight Rises masih lagi mengekalkan aktor kacak, Christian Bale sebagai pemegang watak Bruce Wayne dan Batman.   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir