Fikiran pelakon Fouziah Gous tidak pernah runsing dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang sering mengaitkannya dengan individu berstatus VIP sejak kebelakangan ini.
Fouziah, 30, berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai berbicara kisah peribadinya asalkan ia tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.
“Saya ambil pendekatan yang mudah dengan tidak melayan gosip begini. Setiap orang ada hak untuk bercakap atau menokok tambah apa juga dakwaan yang mereka mahu perkatakan.
“Gosip yang timbul itu bukan daripada mulut saya tetapi pihak ketiga. Rasanya tidak perlu layan perkara ini selagi tiada pengesahan daripada mulut saya sendiri. Namun, saya akur gosip adalah permainan dunia hiburan,” katanya