Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan ‘Gerak Khas’, Dato’ AC Mizal (yang memegang watak Insp. Mazlan) mengajak Abby Abadi (yang memegang watak Insp. Aleza) berdebat berhubung isu terbabit.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;
“Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!”
Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.
sumber >SINI