Adik kepada seorang penyanyi wanita popular dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyamun seorang wanita rakyat Singapura, awal tahun ini.
PANAS!!IPAD DAN PRINTER CANON PERCUMA-CEPAT!!!> Klik Sini! BANTU PENYU SELAMATKAN SPESIES MEREKA> Klik Sini!
Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal Abu Hasan, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 15 Mac lepas.
PANAS!!IPAD DAN PRINTER CANON PERCUMA-CEPAT!!!> Klik Sini! BANTU PENYU SELAMATKAN SPESIES MEREKA> Klik Sini!
Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didakwa melakukan samun dengan merampas beg tangan milik warga Singapura, Rohana Jamal, 30, di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 23 Januari lepas.
Dia yang sudah bercerai dan memiliki seorang anak perempuan berumur tiga tahun didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.
BANTU PENYU SELAMATKAN SPESIES MEREKA> Klik Sini!