Sempena kedatangan bulan Ramadan, penyanyi remaja berbakat, Najwa Latif muncul dengan lagu terbaru berjudul 'AdaMu'. Berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan, 'AdaMu' nyata berbeza dengan lagu-lagu popular Najwa sebelum ini. Lebih menarik, pembaharuan yang dibawakan ini telah menerima sambutan ramai apabila klip video yang dikongsikan di Youtube telah mendapat tontonan yang tinggi daripada peminat setianya. Tahniah Najwa!