SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Sukan : Gambar | Datuk Lee Chong Wei Bukan Lagi Pemain Badminton No. 1 Dunia

Sukan : Gambar | Datuk Lee Chong Wei Bukan Lagi Pemain Badminton No. 1 Dunia


Kehilangan status pemain nombor satu dunia milik Datuk Lee Chong Wei telah dijangkakan berikutan kegagalannya menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lepas.
Datuk Lee Chong Wei

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh hari ini berkata selain itu Chong Wei tidak dapat menamatkan aksi pada pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, bulan lepas.


Mengikut ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain China, Lin Dan merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Chong Wei dengan mengumpul 93,313.4114 mata.

Manakala Chong Wei jatuh ke tangga kedua dengan 91,898.7300 mata. Tempat ketiga dan keempat dikuasai dua pemain China iaitu Cheng Long dan Chen Jin, masing-masing mengumpul 82,460.3161 dan 71,292.9100 mata.Untuk rekod, Chong Wei memegang kedudukan pertama ranking dunia selama tiga tahun 11 bulan bermula 20 Ogos, 2008 iaitu empat hari selepas beliau tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir