SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Berita : Gambar | Kerani Sekolah Cederakan Kemaluan Murid Guna Playar

Berita : Gambar | Kerani Sekolah Cederakan Kemaluan Murid Guna Playar


Seorang kerani sekolah di daerah ini (rembau) disiasat kerana mencederakan kemaluan murid lelaki berusia 10 tahun menggunakan senjata, kelmarin.
Murid

Kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang menggunakan senjata. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, ketika guru tiada di kelas, kerani terbabit telah pergi ke kelas murid berkenaan untuk meminta buku daftar yang merekodkan kehadiran 18 murid kelas tersebut.
Menurutnya, ketika kejadian keadaan kelas sangat bising dan kerani berkenaan telah meminta supaya murid diam dan mengacah menggunakan playar sekiranya mereka masih bising.
“Kerani berkenaan dikatakan tidak sengaja dan ingin bergurau. Bagaimanapun, secara tiba-tiba playar terkena seorang murid lelaki. “Murid berkenaan mendakwa kemaluannya disentap dan disepit menggunakan playar tersebut,”  katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, selepas insiden itu, mangsa yang pulang ke rumah terus tidur tanpa menukar pakaian seragamnya sehingga menimbulkan tanda tanya kepada ibunya.
“Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian yang berlaku ketika di sekolah. “Ibu mangsa bergegas membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk menjalani rawatan dan telah dinasihatkan doktor supaya membuat laporan polis,”  katanya.
Ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Chembong. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir