SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Berita : Gambar | Lihat Perut Jiran Terburai

Berita : Gambar | Lihat Perut Jiran Terburai


 “Apabila keluar rumah sejurus mendengar letupan kuat, saya terkejut melihat jiran saya terbaring berlumuran darah dengan sebahagian perut terburai dan cebisan dagingnya berselerak.”
SIASAT...anggota polis memeriksa tempat berlakunya letupan bom 
di hadapan rumah mangsa.


Demikian kata saksi juga jiran kepada Tan Ching Fang, 48, yang parah akibat satu letupan selepas dia membuka bungkusan dipercayai mengandungi bom buatan sendiri di depan banglo miliknya di Taman Angsana Sari, di sini, semalam.
 MENANG LAPTOP MACBOOK DENGAN RAKAN ANDA> Klik Sini!  SELAMATKAN PENYU2 Klik Sini

Saksi itu hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 40-an, berkata kejadian berlaku jam 8.20 pagi dan mangsa adalah isteri kepada seorang pengusaha kilang mi di sini.

Mangsa dikatakan mengambil bungkusan sebesar kotak pensel di tepi pintu pagar rumahnya dan sebaik dia mengangkat bungkusan itu satu letupan kuat berlaku.
 MENANG LAPTOP MACBOOK DENGAN RAKAN ANDA> Klik Sini!  SELAMATKAN PENYU2 Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir