Aktres Anzalna Nasir terus berdiam diri dan enggan membalas notis tuntutan kepada peguam aktres dan pengacara "Nona", Neelofa walaupun tempoh tujuh hari tersebut sudah berakhir.
Dipetik dari akhbar Berita Harian, Anzalna sebaliknya mahu menyerahkan permasalahan antaranya dan Neelofa kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.