Satu kumpulan penjenayah yang menggunakan
jaket gelap untuk merompak kini diburu polis selepas menyamun dua rumah di Bandar Parklands dan Taman Sri Andalas di sini, pada Ahad lalu dan kelmarin.

“Mangsa dalam kedua-dua kes itu selamat dan tidak dicederakan. Kumpulan terbabit memakai jaket berwarna gelap, sarung tangan dan topeng ski serta membawa parang ketika melakukan jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Azman berkata, perompak terbabit menggunakan kereta Toyota Vios berwarna perak ketika melakukan rompakan dan seorang daripada anggota kumpulan itu berbadan gempal.
“Kumpulan terbabit merompak rumah yang tidak berkunci dan jika ada penghuni, mereka mengikat penghuni rumah itu menggunakan tali sebelum menggeledah mencari barang berharga.
“Dalam kedua-dua kes ini, mangsa berada di rumah dan mereka tidak mengunci rumah,” katanya.Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi polis.
“Sekiranya orang ramai ternampak sekumpulan lelaki yang menaiki Toyota Vios berwarna perak dan berperwatakan mencurigakan, saya harap mereka menghubungi dan memberi maklumat kepada polis secepat mungkin,” katanya.