SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Anonymous nafi akan serang Facebook 5 November

Anonymous nafi akan serang Facebook 5 November


Beberapa bulan sebelum ini, heboh diperkatakan mengenai rancangan
kemungkinan serangan pihak Anonymous ke atas Facebook yang digelar Operation Facebook (OpFacebook). Serangan tersebut didakwa bakal dilakukan bagi memprotes tindakan Facebook yang kurang memberi tumpuan kepada privasi pengguna laman sosial Facebook itu sendiri selain dipercayai menjual data-data pengguna kepada pihak lain.
Walaubagaimanapun, beberapa hari lepas, pihak Anonymous secara rasminya telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah merancang untuk melakukan serangan terhadap laman Facebook. Walaupun terdapat juga beberapa video yang telah dimuatnaik ke laman Youtube berkenaan OpFacebook ini, pihak Anonymous telah menafikan sekeras-kerasnya mereka terlibat dengan rancangan berkenaan dan mendakwa video-video tersebut telah dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Untuk pengetahuan pembaca, ini bukanlah kali pertama terdapat pihak yang menyalahgunakan nama Anonymous untuk melancarkan serangan Ddos ke atas sesebuah laman sesewang. Sebelum ini juga, ada pihak yang telah menggunakan nama Anonymous untuk serangan kedua keatas laman sesawang kerajaan Malaysia dalam operasi yang diberi nama Operation Malaysia 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir