SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Duit warga OKU RM 1600 lesap dan kepala diketuk penyamun

Duit warga OKU RM 1600 lesap dan kepala diketuk penyamun


Ketika umat Islam sibuk membuat persediaan menyambut Aidiladha,
tiga penyamun warga asing mengambil kesempatan merompak pasangan suami isteri sehingga menyebabkan mereka cedera di Kampung Sungai Putat dekat sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam, tiga penjenayah tidak berhati perut terbabit bukan sahaja mengebas wang tunai berjumlah RM1,600 dan sejumlah barang kemas bahkan mereka juga menghentak kepala pasangan itu dengan objek keras.
Akibat kejadian itu, Saripah Zakaria, 38, yang cacat penglihatan terpaksa menerima lima jahitan di kepala manakala suaminya, Abd. Aziz Mohamad, 45, cedera teruk di kepala sehingga hidung, telinga dan mulutnya mengeluarkan darah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir