SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Siapa Pakai Blackberry...Anda Diperhatikan

Siapa Pakai Blackberry...Anda Diperhatikan

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/KPKK-Sentiasa-Pantau-Penggunaan-Blackberry.jpgKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit Blackberry bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna, terutama yang berkaitan dengan kerajaan.

Timbalannya Datuk Joseph Salang berkata kementeriannya juga mengadakan perbincangan dengan Research in Motion (RIM) iaitu selaku penyedia perkhidmatan telefon itu agar tahap keselamatan maklumat
yang disalur keluar mematuhi tahap piawaian yang tinggi.
“Tahap keselamatan pemindahan dan penyimpanan maklumat pengguna Blackberry yang tinggi tidak memungkinkan ia dapat diakses dengan mudah oleh mana-mana pihak,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Ahmad Hussin yang ingin tahu sama ada kerajaan menyedari tahap keselamatan yang meragukan terhadap penggunaan telefon mudah alih itu di kalangan pemimpin negara serta pegawai kanan kerajaan.
Ini adalah kerana data-data perbualan, sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan messenger direkodkan di dalam ‘server’ di Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom yang menyebabkan telefon itu diharamkan untuk kegunaan pegawai kerajaan di Perancis, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Kuwait.
Salang turut menasihati pegawai kerajaan mengehadkan penggunaan telefon itu kepada komunikasi yang tidak sensitif dan yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.
Langkah ini perlu berikutan setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan masing-masing dan tidak dapat menjamin kerahsiaan sepenuhnya, katanya.
“Kementerian ini menyedari bahawa maklumat-maklumat yang disalurkan melalui sistem Blackberry yang direkodkan di dalam server di luar negara telah melalui kaedah penyulitan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir