SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Kecik Sangat la...

Kecik Sangat la...

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Stadyum_merdeka1-565x423.jpgBeberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyarankan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan agar mempertimbangkan kembali cadangan menjadikan Stadium Merdeka sebagai lokasi perhimpunan Bersih 2.0.
Mereka melihat stadium itu terlalu kecil untuk memuatkan ‘perhimpunan maha hebat’  melibatkan lebih 500,000 orang pada
Sabtu ini.
Jika Stadium Merdeka menjadi lokasi, maka pandangan umum ialah Bersih 2.0 sudah hilang seri apabila jumlah 500,000 orang yang didakwa penganjur Bersih sebelum ini akar hadir turun menjadi kepada 45,000 orang (kapasiti maksimum Stadium Merdeka).
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, Stadium Merdeka tidak sesuai untuk memuatkan seramai setengah juta orang pada satu masa dan tidak selamat untuk digunakan oleh sebuah program yang besar seperti itu.
“Stadium Merdeka tak muat nak sumbat 500,000 orang, melimpah pula orang ke luar stadium nanti dan ini mampu menyebabkan kekacauan tercetus di luar stadium.
“Lagipun saya difahamkan sebelum ini bahawa stuktur stadium tersebut tidak kukuh, saya khuatir insiden lain pula yang akan berlaku nanti,” katanya ketika dihubungi mynewshub.my di sini hari ini.
Jais turut mencadangkan agar Ambiga menerima pelawaan dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang mencadangkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Shah Alam memandangkan kawasan itu sangat luas dan kurang mengganggu ketenteraman awam.
Pendirian GPMS tersebut disokong penuh oleh Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, yang menyifatkan Stadium Merdeka sebagai lokasi yang terlalu kecil untuk perhimpunan Bersih 2.0 itu.
“Stadium Merdeka kecil sangat dan tak muat untuk 500,000 orang, buatlah di tempat lain yang lebih besar,” katanya, hari ini.
Selain itu, beliau mencadangkan agar perhimpunan itu diadakan di Stadium Bukit Jalil memandangkan ia lebih selamat dan tidak mengganggu ketenteraman awam serta tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di tengah ibu kota.
Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mengumumkan  akan mengadakan perhimpunan secara aman di Stadium Merdeka di sini pada hari Sabtu ini seperti yang dirancangkan.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh jawatankuasa berkenaan yang diwakili oleh pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada sidang akhbar hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pemilihan Stadium Merdeka oleh Ambiga sebagai lokasi perhimpunan jelas menunjukkan mereka bermotif tidak baik.
“Mereka sengaja memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil untuk mencetuskan juga kekacauan yang mereka rancang, sedangkan Kerajaan Selangor sudah menawarkan Stadium Shah Alam yang lebih besar untuk mereka,” katanya.
Pendapat itu turut dikongsi oleh Presiden Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramsyah Muammar Ubaidullah Sanusi yang berpendapat bahawa Stadium Merdeka yang kecil itu hanya akan mencetus satu lagi ancaman kekacauan dan risiko huru-hara kepada rakyat sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka memilih Stadium Merdeka sebagai sasaran baru perhimpunan, yakni destinasi yang pasti mengakibatkan huru-hara dan risiko kepada rakyat yang tidak berdosa,” katanya yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (sms) hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir