Anak Lelaki Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili pada hari Selasa  menyertai bapanya sebagai pemimpin global – dengan mencipta rekod dunia  untuk kepantasan menaip menggunakan iPad.Eduard Saakashvili yang berumur 15 tahun telah mencapai satu rekod  dunia dengan menaip abjad bahasa Inggeris pada sebuah iPad dalam masa  5.26 saat – satu peningkatan sebanyak 1.05 saat pada rekod terdahulu  yang dibuat oleh seorang remaja British bernama Charlie Joseph McDonnel  pada 2010.
Pencapaian luar biasa yang mengagumkan ini telah didokumentasikan  oleh Guinness World Records di pusat peranginan Black Sea, Batumi di  Republik Rusia.
“Saya sangat gembira,” Eduard berkata dalam satu komen yang disiarkan  oleh sebuah televisyen Georgia selepas melakukan senaman  jari,  menjelaskan yang dia telah meluangkan berbulan-bulan bersedia untuk  acara luar biasa itu.
“Seluruh keluarga kami menjadi cemas. Saya seorang ibu yang sangat  bangga hari ini,” kata isteri President Saakashvili yang merupakan warga  Belanda, Sandra Roelofs, yang menyaksikan kemenangan anak lelakinya.
Pada Mac lalu, anak lelaki bongsu pemimpin Georgia, Nikoloz yang  berusia lima tahun, juga meraih perhatian media apabila dia dan bapanya  memakai pakaian seragam tentera untuk satu sesi latihan di sebuah  pangkalan tentera dalam satu percubaan luar biasa mempromosikan pasukan  bersenjata negara itu.
