Unit Perhubungan Awam Polisas melalui satu kenyataan memberitahu, program bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina itu akan diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong,
Pahang.
“Seramai 180 pelajar terdiri daripada pelajar Politeknik Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) dan pelajar Kolej Komuniti seluruh negeri Pahang akan menyertainya.
“Peserta akan dibimbing oleh penulis buku `Bila Zina Manjadi Budaya’, Mohd. Syamil Mohd. Yusuff dan fasilitator dari Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk peserta termasuk Latihan Dalam Kumpulan, ceramah, bengkel, perkongsian dan introspeksi diri untuk menjernihkan potensi di kalangan peserta.
Kata kenyataan itu, antara fokus utama program tersebut adalah untuk mendidik, membimbing dan memperkasakan jati diri remaja Islam khususnya dikalangan peserta.
Tambah kenyataan itu, program juga bertujuan memberi maklumat dan kesedaran terhadap para peserta tentang perbuatan zina dan mengelak daripada perbuatan tersebut.
c.z : jauhi zina dan kemungkaran yang lain..jadilah manusia yang terbaik tidak hanya pada akademik tetapi juga rohaniah...