SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Tebuan Pun Sertai Larian 1 Murid 1 Sukan...

Tebuan Pun Sertai Larian 1 Murid 1 Sukan...

Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia
 pagi semalam.
Pegawai Perhubungan Awam
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Zaid Ahmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenis tebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/21-Pelajar-Disengat-Tebuan-Ketika-Larian-1murid.jpg“Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badak yang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius,” katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini.
Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Lima serta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkat petang ini.
Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliau menerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satu kawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.
Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantar ke HRPZII di sini.
Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjerit kesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.
“Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital,” katanya.
Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tiba melihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau.
“Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantar ke hospital,” katanya yang terkena empat sengatan tebuan.


Jom Sertai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir