SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Serah Pada Pengguna Utk Naikkan Rega: Astro

Serah Pada Pengguna Utk Naikkan Rega: Astro

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pelanggan Astro sendiri perlu mengadili hasrat syarikat televisyen berbayar itu yang mahu menaikan tarif perkhidmatan berkenaan.
“Saya menyeru supaya rakyat (pelanggan Astro)


yang tidak merestui kenaikan pakej itu melahirkan perasaannya menerusi lunas undang-undang dan menyampaikan kepada kita.

“Tetapi sudah jelas kepada kita bahawa Astro berpendirian sendiri dan hanya mementingkan keuntungan mereka dan tidak memberi pandangan yang boleh membantu masyarakat di luar bandar ataupun di bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis kunjungan mesra rakyat 1Malaysia di Kampung Chennah dekat sini.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Hasrat-Astro-Naik-Tarif-Diserah-Kepada-Pelanggan.jpgRais berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara ini.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran kampung tanpa wayar Kampung Puom dekat sini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf.
Pada Jumaat, Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.
Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata Astro seharusnya memikirkan tentang rakyat dan tidak sekaligus menaikkan harga sedemikian.


Jom Sertai:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir