sebenarnya memakai braces bukanlah sesuatu yang memalukan kerana ia dilakukan untuk membertulkan dan mencantikkan kedudukan gigi. tetapi yang memalukan adalah apabila sesuatu yang melekat di celah-celah gigi. oleh itu jangan sesekali malas untuk memberus gigi setiap kali selepas makan biarpun kamu hanya menikmati snek
pemakian braces boleh mengakibatkan luka akibat geselan yang terus menerus. walau bagaimanapun luka ini boleh hilang secara sikit demi sedikit dengan pengambilan vitamin c dengan betul bagi mempercepatkan proses pemulihan.
yakin pada diri yang braces hanyalah untuk sementara. andai kata ada yang memberikan komen negtaif terhadap penampilan kamu, maka fikirkan pujian yang akan diterima adalah lebih banyak selepas kamu membuka braces tu.
jangan terlalu fokus dan tertekan memikirkan braces kamu. masih banyak yang boleh kamu banggakan tentang diri kamu misalnya rambut yang cantik, kulit yang sihat atau pun kecergasan badan kamu.
luangkan waktu dihadapan cermin dan mencari sudut senyuman yang menawan setelah memakai braces. dengan begitu, rasa percaya dan yakin diri akan meningkat dan tiada masalah apabila dijak bergambar dengan rakan-rakan.