maskulin : ramai gadis akan memuji jika lelaki itu memounyai sifat maskulin. lelaki maskulin dikatakan mampu menjadi pelindung kepada wanita
sensual : ada yang berkata gadis boleh jadi "cair" apabila berada dalam dakapan seorang lelaki. secara lahiriahnya gadis mendambakan
lelaki yang boleh menjadi tempat manja dan berkongsi perasaan.
Humor : lelaki yang suka berjenaka dikatehorikan sebagai lelaki seksi. Cameron Diaz sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini seorang lelaki yang selamba dan humor.
Ambil Berat : si gadis tentunya tidak boleh berenggang dengan lelaki yang cukup mengambil berat akan diri mereka walaupun perkara yang kecil.
Kacak : Lelaki kacak sudah tentunya menjadi perhatian sesiapa saja walau dimana sahaja. Namun perlu diingat setiap gadis punya pendapat yang berbeza bila bercakap tentang ketampanan dan kekacakan lelaki
Murah Senyuman : Mesra..itulah kata kunci yang mengambarkan lelaki seperti ini juga mendapat tumpuan dimana saja. Mereka yang sebegitu boleh menyesuaikan diri dengan mudah dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja. baru menyenangkan
Pendiam...jangan tidak tahu,kadang-kadang lelaki yang bersifat pendiam pun ada peminatnya jugak. masakan tidak, lelaki sebegini mampu mencairkan hati gadis dengan sikap egoisnya....
Aktif : Lelaki yang aktif selalunya mudah mendapat tumpuan tidak kira di kolej mahupun tempat kerja. dan untuk pengetahuan lelaki ini juga pasti menjadi bahan gosip si gadis
berkarisma : tidak hanya rupa parasnya saja, karisma yang dimiliki seseorang lelaki yang juga dikatakan sebab mengapa seseorang lelaki itu mendapat perhatian dari si gadis. Mereka dikatakan boleh mengemudi hubungan cinta dengan baik
Tinggi : Rata2 gadis mengakui cukup tertarik dengan lelaki yang tinggi. Kononnya rasa selamat bila berjalan seiringan. namun itu bukan kayu pengukurnya yer.