Kurang tidur sebenarnya meransang hormon yang mengatur nafsu makan dengan meningkatkan lebih tinggi gherin, hormon yang meransang selera. Dan pada masa sama, ia menurunkan kadar leptin yang memberi signal kepada badan bahawa diri telah kenyang.
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004, hampir 30 peratus individu yang kurang tidur 5 jam minimum sehari akan cenderung kepada peningkatan berat badan berbanding mereka yang tidur cukup 7-8 jam sehari.
Selain itu, kurang tidur boleh membawa kepada ancaman strok serta serangan jantung. Dan menurut satu kajian para saintis dari Universiti Chicago, kurang tidur boleh membawa kepada gangguan proses pengeluaran hormon sehingga melemahkan kemampuan badan untuk menggunakan karbohidrat dalam badan, yang akan menyebabkan penyakit seakan diabetes.
c.z : nak kena tidur awal ni....tak nak gemuk..kui3