Tindakan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) ‘memiliknegarakan’ penggunaan istilah ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ seperti dalam filem Kl Gangster nyata menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
“Apa istilah abang long, ayahanda bapak Pekida yang punya?”
“Gelaran “Ayahanda” dan “Abang Long” milik PEKIDA ke?
Sebutan tersebut telah wujud
sejak Kesultanan Tanah Melayu, cuma persepsi sebilangan orang akan wujud..”“betul2x apa sumbangan pekida…..pasal gelaran mcm mereka yg punya.”
Itu merupakan antara beberapa contoh komen yang diberikan para pembaca.
Nyata mereka kurang senang sikap Pekida yang dilihat seolah-olah hendak menumpang populariti filem KL Gangster.
Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman dalam pertemuan dengan dua produser terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam dan David Teo baru-baru ini memberi amaran agar istilah ‘Ayahanda’ dan ‘Abang Long’ tidak digunakan sesuka-hati.
Sebenarnya isu ini telah diperbesarkan secara keterlaluan pada sudut yang salah.
Sikap Pekida yang mendesak Yusof Haslam memohon maaf sebelum ini juga sebenarnya tidak perlu.
Kalau Pekida tidak bersuara, lagi tiada siapa yang perasan dan tiada siapa yang kisah dengan kedua istilah itu.
Kalau ada yang bercakap pun, mungkin untuk sekejap sahaja.
Namun, bila mula melonjak lebih-lebih, rasa menyampah orang pada Pekida pun bertambah.
Sebenarnya, daripada bising mengenai penggunaan istilah, adalah lebih baik Pekida benar-benar berusaha mencari penyelesaian ke atas isu melibatkan imej mereka.
Lihat pada isu pokok dan bukannya isu sampingan.
Kepimpinan Pekida harus menerima bahawa ramai di kalangan ahli mereka bukannya berdakwah pasal Islam, tetapi ‘berdakwah’ pasal kuasa dan kawasan yang mahu dipegang.
Pekida bukan dilihat sebagai badan kebajikan atau dakwah, tetapi lebih dilihat sebagai kumpulan samseng. Ini isu utama melibatkan Pekida.
Andai kalau Pekida tidak dilihat sebagai kumpulan samseng oleh masyarakat kita, maka pastinya penerbit dan pengarah filem Kl Gangster juga tidak akan sesuka hati menggunakan istilah yang kononnya milik mutlak kumpulan itu dalam filem mereka.
Kalau sikap dan imej pertubuhan itu baik, maka istilah Abang Long dan Ayahanda akan timbul dalam filem seperti KL Ulamak.
Mengamuk dan kurang senang dengan penerbit filem bukan penyelesaian. Penafian berterusan kepimpinan tertinggi mengenai aktiviti kurang sihat ahli-ahli Pekida pun bukan satu penyelesaian.
Belajar untuk memperbaiki masalah sebenar, barulah marah dekat orang lain.
Dan seperkara lagi, hentikanlah buat macam kedua istilah itu milik mutlak Pekida, ramai yang tidak senang dengan sikap itu