Tajuk entry ni bukan berfokuskan kepada Solat Jumaat tetapi isi khutbah yang disampaikan tadi. tajuk yang agak kebiasaan tapi kebiasaan itulah yang manusia senantiasa lakukan iaitu PEMBAZIRAN. bila nikmat yang diberikan tidak digunakan dengan sebaik mungkin pada jalanNya maka akan wujudlah PEMBAZIRAN. hal ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya harta, masa, tenaga, zikir, ilmu, keikhlasan,dan banyak lagi yang mana kadang-kadang kita sendiri tidak memikirkannya dan menganggap hal tersebut adalah remeh semata-mata. patutkah hal ini berlaku? dan kita seringkali diingatkan bahawa "membazir itu amalan syaitan" tapi kita masih melakukannya. Adakah tagline tersebut perlu diubah makan baru kita akan lebih beringat. Ingat andai diberi nikmat gunakan ia dengan sebaik mungkin. berkongsilah dengan insan-insan yang lain yang memerlukannya. mungkin pada kita hanya sebuku roti namun apabila sebuku roti dikongsi kepada yang memerlukan maka hal ini akan memberi manfaat dan bekalan kepada kita diakhirat kelak. ingatlah andai kita bersyukur dengan nikmat yang diberi dengan tidak melakukan pembaziran, InsyaAllah Dia yakni Allah yang Esa pasti akan menambahkan rezeki tersebut. manusia selalu pertikaikan bahawa dia sudah bersyukur kenapa masih tidak kaya-kaya? Allah sengaja menguji umatnya untuk melihat keimanan dan ketaqwaan umatnya, dan ingatlah rezeki yang diberikan tidak hanya berunsur material tetapi dalam bentuk yang lain sama ada ilmu pengetahuan, akal yang kuat, tubuh badan yang sihat serta kelapangan akal fikiran.
Oleh itu, c.z menyeru dan mengingatkan diri yang serba lemah dan kurang ini.untuk sama-sama elakkan diri daripada melakukan pembaziran, andai kita membazir maksudnya kita sudah menjadi sahabat syaitan dan berubahlah sebelum sifat tersebut sebati dalam diri. ingatlah bahawa masih ada yang memerlukan, mungkin hari ini kita berada di atas namun jangan dilupakan yang dibawah kerana tidak mustahil kita akan ditimpa kesusahan dan InsyaAllah jika kita membantu yang memerlukan, maka pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita
p/s: semoga sama-sama beroleh ilmu yang tak seberapa ini. hanya secebis andai dikongsikan maka ia akan bertambah, andai disimpan ia akan lupa di ingatan.