SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Pelik Betul Manusia Ni

Pelik Betul Manusia Ni

Di Thailand,
5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput
sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput
tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu,
mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu!
Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!
Di China,
kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007
kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan
penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain
game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti
semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang
membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet,
saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi
mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain
daripada internet!

Di Mumbai, India, Starbucks
satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang
bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz
Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang
diberi nama Starstrucks!
Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip
dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti
percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia
ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai
contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?

Di Karachi, Pakistan,
seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali
kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya!
Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya
ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat
mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima
kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima
kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!
Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan mereka mendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom
untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids.
Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan
di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit,
bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah
ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom". Orang muda mesti fikir macam tu! silent
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir