SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » .:Anonymous Dalam Dunia Blogger:.

.:Anonymous Dalam Dunia Blogger:.

Mood nak membuat entry datang secara tiba-tiba. Alhamdulillah,kerana Kau telah memberiku ruang dan masa untuk ku keluarkan dan kongsi bersama cetusan rasa di minda dan hatiku ini.Dalam dunia blogger semestinya takkan terlepas daripada bertemu dengan Sang Anonymous. Siapa Sang Anonymous ni? Anonymous ni merupakan orang tak dikenali yang mana mereka membaca blog tanpa menjadi blogger. dan ada juga blogger yang sengaja menjadi Sang Anonymous untuk menghentam blogger-blogger lain. ada ke patut camtu. sepatutnya kalau tak puas hati sekali pun cakap baik-baik. kenapa perlu wujud sikap hentam antara satu sama lain? 

Tips Atasi Anonymous
1) wujudkan kod verifikasi
bila ada kod ni. pastinya akan melambatkan kerja sang anonumous ni. yelah. konpemla dia tak suka komen. ambik masa juga kalau menggunakan kod verifikasi tu

2) Jangan layang Sang Anonymous 
orang kata makin melayan makin menjadi. biarkan dia dengan dunia dia. andai dilayan konpemla hati kita yang sakit. seeloknya biarkan sahaja. kan senang if boleh block daripada carian atau pun lapor..hehehehehe

3) Hadkan View Blog hanya untuk member
macam ni lagi senang. nak view kena jadi ahli if tak jadi ahli sorry to say. kalau dia dah daftar baru senang nak tahu siapa dia yang suka menghantam dan jarangla jumpa blogger yang suka menghentam dan mengkritik blogger lain. setakat memberi pendapat itu adalah...

tu jelah kot. yang mampu c.z kongsikan..

p/s: nak ke prasekolah, kemaskini dalaman pra. minggu lepas dah penat mengecat sekarang nak hias balik...jumpa lagi...Assalam semua jaga diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir