Pihak Astro memohon maaf kepada pelanggannya di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan.
Dalam posting terbaharu di laman Facebook Astro, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh kebakaran berpunca litar pintas di premis Astro di Bukit Jalil.
"Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan,