Konsert mega solo pertama Anuar Zain, Anuar "Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari" akan bertukar ke lokasi baharu iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini konsert berskala besar penyanyi tersebut dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 16 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
