SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label harga petrol di malaysia. Show all posts
Showing posts with label harga petrol di malaysia. Show all posts

Harga bahan api kekal untuk April ini & RON97 mula dikenakan GST 6%

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), telah mengumumkan tiada sebarang perubahan harga bagi bahan api untuk bulan April 2015 ini. Di mana harganya sama seperti bulan Mac iaitu RON95 dan diesel menjadi RM1.95 seliter, manakala RON97 pula RM2.25 seliter.
Walau bagaimana pun, seperti mana yang sedia maklum, bahan api RON97 turut akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) iaitu sebanyak 6 peratus.

Harga Baru Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Bermula April 2015

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan harga runcit baharu petrol dan diesel bagi bulan April 2015 pada Selasa malam 31 Mac 2015

Harga Minyak RON95 RON95 Diesel Bulan April 2015

Selepas diumumkan harga runcit bagi bahan api itu akan mula berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam

Dari semakan MYsumber berdasarkan pengiraan purata bulanan trend harga pasaran sehingga 13 Mac 2015, harga Petrol RON95 dan RON97 di jangka akan mengalami kenaikan sebanyak 11 sen seliter

Manakala Diesel akan mengalami penurunan sebanyak 1 sen seliter berbanding bulan sebelumnya

HARGA TIDAK RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015
Lampiran dibawah bagi harga minyak pada bulan April adalah harga jangkaan dan tidak rasmi
Harga Jangkaan Minyak Bulan April 2015

HARGA RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015
Harga runcit sebenar dan rasmi akan dinyatakan selepas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat pengumuman nanti
Info Subsidi Minyak

Harga Rasmi Petrol RON95, 97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015

Seperti yang kita tahu, harga ketiga-tiga bahan bakar, RON95, RON97 dan Diesel adalah bergantung kepada pasaran dunia semasa dan ditentukan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut laporan postal Melvister.com,  kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mac 2015

RON95: RM1.91 Sen/ liter
RON97: RM 2.11 Sen/ liter
Diesel: RM1.85 Sen/ liter

Nota Penting: Harga ketiga-tiga bahan bakar tersebut adalah berdasarkan pasaran dunia semasa setakat 27 Februari 2015. Bagaimanapun, harga rasmi RON95, RON97 dan Diesel mulai 1 Mac 2015 akan diumumkan secara rasmi pada pukul 8.00 malam Sabtu 28 Februari 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015

RON95: RM 1.70 Sen Seliter
RON97: RM 2.00 Sen Seliter
Diesel: RM 1.70 Sen Seliter

Syarat Kelayakan Skim Subsidi Petrol Bermula Jun 2015

Skim subsidi petrol yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini bakal dilaksanakan mengikut 3 peringkat berdasarkan kepada pendapatan rakyat.


  • Individu yang berpendapatan lebih dari RM10,000 tidak layak untuk menikmati subsidi petrol.
  • Individu yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 hanya menikmati sebahagian dari subsidi.
  • Individu yang berpendapatan kurang dari RM5,000 layak menerima subsidi penuh.

Subsidi ini akan dikenakan bermula pada Jun 2015 dan hanya melibatkan RON95 dan diesel sahaja. Harga minyak RON97 pula akan bergantung kepada harga pasaran semasa. -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir