Umum sudah mengetahui mengenai kelahiran anak sulung pasangan pelakon Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob yang diwarwarkan oleh Zahiril menerusi laman Twitternya, semalam.

Ibu Zahiril juga sempat memuat naik gambar cucu terbarunya itu menerusi laman Facebooknya buat tatapan semua peminat Zahiril dan Shera.


