Walaupun berada nun jauh di Amerika Syarikat sana untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia — bakat tidak kenal sempadan.
Kurang daripada seminggu, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dihambat dengan kontroversi apabila nama besar seperti Yuna dimaklumkan akan menarik diri daripada bertanding kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.