SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label Saida Af6. Show all posts
Showing posts with label Saida Af6. Show all posts

Hiburan : Gambar | Saida Tempelak Penyebar Gosip Bakal Kahwin Duda


Susulan laporan gosip yang mengatakan Saida bakal berkahwin dengan penerbit drama berstatus duda, MH Online lantas menghubungi kakak kepada penyanyi nombor satu negara ini untuk mendapatkan kepastian. 

Seakan-akan boleh mengagak soalan yang ingin ditanyakan, ibu tunggal beranak empat ini menjelaskan;
 
"Kepada penulis atau pemberitahu (sumber) itu, sila jaga diri sendiri. Buat apa hebohkan cerita orang lain yang tidak benar sama sekali.
 
"Jangan sesuka hati melaporkan cerita tanpa usul periksa dan bertanya terlebih dahulu."
 
Ditanyakan apakah reaksinya saat diberitahu berkenaan beritu tersebut, jawabnya lagi;
 
"Tiada guna saya membaca cerita yang dikeluarkan, nanti buat sakit hati. Jadi saya abaikan sahaja. Saya percaya tuhan sudah mengatur jodoh seseorang. Jika benar saya sudah mempunyai pasangan dan ke arah untuk berkahwin saya sedia untuk berkongsi."
 
Saida dan bekas suami, Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 kemudiannya bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5.

Hiburan : Gambar | Kakak Datuk Siti, Saida AF6 Bakal Kahwin Penerbit Drama Status Duda


Masih anda ingat lagi akan Saida AF6 atau nama sebenar beliau Siti Saidah Tarudin atau senang cerita kakak Dato’ Siti Nurhaliza ini? Ini kisah terbaru beliau yang kami dengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir