Tema pengajaran minggu ini , minggu 9 praktikum ialah Air...pada mulanya c.z agak sukar mencari apalah aktiviti yang nak dilakukan dengan kanak-kanak prasekolah ni...selepas tengok buku sana. selak buku sini, baca buku situ...dapat la idea yang tak seberapa. Rancangan Pengajaran Harian ditulis berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mana memuatkan tema, hasil pembelajaran,serta cadangan aktiviti. yer...bagi c.z yang masih muda dalam dunia pendidikan prasekolah ni..agak sukar dan tidak tahu merancang aktiviti yang bersesuaian. terlebih cakap la pulak. kita terus kepada topik utama. Untuk pengajaran esok, c.z akan mengajar dari jam 8 sampai 12. so...nak ajar kanak-kanak buat air Milo dimana pertamanya c.z akan tunjuk bahan-bahan yang diperlukan. pastu buat demo sikit ala-ala rancangan masakan gitu...hahahaha...pastu budak tengok dan buat dengan bimbingan c.z.