SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , , » AWAS... Teknik Baru Penjenayah di Bazar Ramadhan dan Pusat Beli Belah

AWAS... Teknik Baru Penjenayah di Bazar Ramadhan dan Pusat Beli Belah

Bersiar-siar sambil membeli belah merupakan satu daripada aktiviti utama masyarakat Malaysia pada hari ini. Kawasan-kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah, karnival, festival dan pasar awam akan sentiasa sesak dengan pelbagai ragam manusia.



Namun, keriangan menikmati aktiviti tersebut boleh diragut apabila barangan berharga yang disangkakan selamat di dalam simpanan (di dalam beg tangan/beg atau seluar) hilang tanpa disedari.

Pastikan diri tidak dijadikan sasaran oleh sekumpulan individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan taktik "toreh dan seluk".

Perbuatan dan pergerakan mereka ini sungguh licik dan profesional sehinggakan mangsa hanya menyedari barangan berharga milik mereka hilang apabila ingin menggunakannya.
Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.


(Modul Operandi) M.O
1. Suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki atau wanita.

2. Menjadikan kawasan tumpuan ramai antaranya pusat membeli belah, jejantas dan pasar awam sebagai lokasi jenayah.

3. Suspek akan menoreh beg atau poket seluar mangsa menggunakan pisau manakala seorang lagi rakan akan menyeluk beg atau poket seluar mangsa untuk mengambil dompet dan barang berharga termasuk telefon bimbit tanpa disedari sesiapa.



Nasihat

1. Sentiasa membawa wang dalam jumlah yang kecil atau secukupnya semasa berkunjung ke mana-mana tempat awam untuk membeli barangan.

2. Dinasihatkan menggalas beg dihadapan supaya mudah dilihat.

3. Disarankan meletakkan dompet dan telefon bimbit di dalam poket seluar hadapan.

4. Berwaspada dengan individu yang mengekori anda semasa membuat pembayaran.

5. Sekiranya dilanggar oleh orang yang tidak dikenali, pastikan dompet dan telefon bimbit masih berada di tempat asal.

6. Elakkan berada di tempat berasak-asak dan jika terpaksa, ambil langkah berjaga-jaga.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir